MUHAMMAD NAFIS FAIZI BIN ZULKIFLI


DEFINISI RPH:

RPH (Rancangan Pengajaran Harian) merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. RPH ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.

Definisi RPM:

Rancangan pengajaran mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan semester.Oleh itu, bagi setiap minggu mempunyai rancangan yang mengandungi penyataan objektif yang mana ingin dicapai bagi setiap insan bergelar pendidik.

Definisi RPT:

Rancangan yang dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran, sepanjang tahun, mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid disusun mengikut takwim sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini