MAKSUD
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pengajaran Tahunan mengandungi secara
ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran
kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ciri utama RPT :
1)
Berdasarkan Sukatan Pelajaran
2)
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran
3)
Disusun berdasarkan takwim sekolah
4)
Diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian
murid
MAKSUD
RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN
Rancangan Pengajaran Mingguan adalah merupakan
perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan semester setiap minggu.
Ianya adalah mengikut minggu yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
MAKSUD
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang
disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan.
Rancangan Pengajaran
Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih
sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar
guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk
dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih
dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Butiran yang
perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata
pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai,
aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
Ulasan
Catat Ulasan