RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4

NAMA GURU                         : Mohamad Nursufyan bin Othman
MATA PELAJARAN            : Sirah
KELAS                                  : 2 Al Farabi
TARIKH                                : 28 Januari 2019
MASA                                   : 2.30 petang - 3.00 petang
BILANGAN MURID            : 30 orang murid ( 16 lelaki 14 perempuan )
TAJUK                                   : Kehidupan Nabi Muhammad SAW
KEMAHIRAN                       : Membaca, mendengar, menaakul
KAEDAH                              : Syarahan

PENGETAHUAN SEDIA ADA :

1)        Murid mengetahui bahawa Nabi Muhammad telah diasuh dan dijaga oleh ibu susuan sejak dari     kecil.

HASIL PEMBELAJARAN :

1)           Murid dapat mengetahui kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW di zaman           kanak-                    kanak.
2)           Murid dapat mengetahui peristiwa pembelahan dada Nabi Muhammad SAW      yang                           dilakukan oleh malaikat Jibril.
3)           Murid dapat menyatakan sifat terpuji Nabi Muhammad SAW.

KEMAHIRAN BERFIKIR :

1)         Membaca
2)                  Mendengar
3)                  Bercerita
4)                  Berkomunikasi

PENERAPAN NILAI :

1)                  Taat
2)                  Patuh
3)                  Berdisiplin
4)                  Empati

BAHAN BANTU MENGAJAR :

1)                  Kitab
2)                  Komputer riba
3)                  Kad imbasan bergambar
4)                  Pembesar suara
5)                  Pen marker




LANGKAH /
MASA
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN /
ALAT
PENDAHULUAN
( 2 MINIT )
Ucapan salam serta bacaan doa belajar secara bersama- sama

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
1) Guru meminta murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

2) Murid-murid menadah tangan dan membacakan doa belajar bersama - sama.
Nilai :
Khusyuk, taat, tekun
SET INDUKSI
( 5 MINIT )
Guru membawa dan menunjukkan alatan untuk pembedahan.

Soalan :
Apakah yang dapat dilihat daripada bahan yang ditunjukkan :

Cadangan jawapan :

Alatan untuk pembedahan.

Soalan :
Apakah yang boleh dikaitkan dalam tajuk pembelajaran :

Cadangan jawapan:
Nabi Muhammad SAW telah dibedah oleh malaikat Jibril.
1) Guru membawa dan menunjukkan alatan untuk pembedahan kepada murid-murid sebagai contoh yang boleh dikaitkan dalam pengajaran.

2) Guru menanyakan tentang perkaitan yang boleh dilakukan dalam tajuk pembelajaran.

3) Murid menjawab dan guru memberi penjelasan.

4) Guru mengaitkan contoh alatan dengan tajuk pembelajaran yang disampaikan kepada murid-murid.
Bahan Bantu Mengajar :
Kitab, komputer riba, bahan maujud

Strategi :
Berpusatkan bahan

Nilai :
Khusyuk, patuh, berdedikasi, bersemangat

LANGKAH 1
( 6 MINIT )
Usia berlakunya pembedahan Nabi Muhammad SAW:

4 tahun semasa didalam asuhan Halimatus Sa’adiah

15 tahun semasa dalam peliharaan bapa saudaranya Abu Talib

40 tahun sebelum menjadi Rasul

51 tahun ketika Isra’ dan Mi’raj
1) Guru menceritakan kepada murid-murid tentang usia berlakunya pembedahan Nabi Muhammad SAW.

2) Guru menerangkan kehidupan Nabi Muhammad SAW yang telah hidup berdikari sejak kecil lagi.

3) Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran yang disampaikan.

Nilai :
Patuh, taat, empati

Strategi :
Berpusatkan guru dan murid
LANGKAH 2
( 8 MINIT )
Sifat peribadi mulia Nabi Muhammad SAW yang jujur.

Kesabaran Nabi Muhammad SAW setelah kewafatan bonda serta orang terdekatnya.
1) Guru melakukan aktiviti bersyarahan di dalam kelas.

2) Guru meminta murid-murid untuk membincangkan isi pelajaran bersama-sama.
Nilai :
Berdisiplin, berdediaksi, taat

Strategi :
Berpusatkan guru dan murid
LANGKAH 3
( 7 MINIT )
Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1) Usia berlakunya pembedahan dada Nabi Muhammad SAW.
2) Sifat peribadi mulia Nabi Muhammad SAW yang jujur.
3) Kesabaran Nabi Muhammad SAW setelah kewafatan bonda serta orang terdekatnya.
1) Guru melakukan satu permainan iaitu aktiviti kotak beracun.

2) Guru meminta wakil dari setiap pelajar yang terpilih untuk menerangkan isi pelajaran yang dipilih.

3) Murid melakukan dengan bersungguh-sungguh serta guru memberikan pujian kepada murid yang mencuba menerangkannya.
Bahan Bantu Mengajar :
Kad manila, pen marker, kitab, bahan maujud, komputer riba, pembesar suara

Strategi :
Berpusatkan murid

Nilai :
Berani, berdedikasi, patuh
PENUTUP
( 2 MINIT )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
1) Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid.
Nilai :
Khusyuk, patuh, tekun

CATATAN REFLEKSI :

Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menarik dan menyeronokkan di samping murid-murid yang telah memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan agar dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan mereka serta saya akan melakukan penambaikkan pengajaran saya dari masa ke semasa untuk menjadikannya lebih baik.

ULASAN PEMBIMBING / PENSYARAH :







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini