RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 6

Nama Guru                     : Muhammad Nafis Faizi Bin Zulkifli
Mata Pelajaran                : Tauhid
Kelas                               : Enam Takzim
Tarikh                              : 8 Mac 2019
Masa                                : 2.30-3.30 petang
Bilangan                          : 22 / 24 orang murid
Tajuk                                : Dasar fahaman Mu’tazilah dan percangahan fahaman Mu’tazilah
                                           dengan ahli sunnah wal jamaah.
Kemahiran                      : Membaca, mendengar, melihat,mena’kul dan menulis.
Kaedah                            : Soal jawab, tontonan video, huraian dan permainan.
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid telah mempelajari tentang fahaman Mu’tazilah
Hasil Pembelajaran         : 1. Menyebutkan dasar utama fahaman Mu’tazilah dengan lancar.
                                           2.Menentukan percanggahan fahaman Mu’tazilah dengan ahli Sunnah
                                              Wal Jamaah.
Kemahiran Berfikir         : Soal jawab, merumus dan membuat perkaitan.
Penerapan Nilai               : Khusyuk, disiplin, taat dan fokus.
Bahan                               : Kitab, LCD Projector, komputer, video, huraian guru.

LANGKAH\MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI
CATATAN

PENDAHULUAN
(3 minit)

Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar secara beramai-ramai.

Guru meminta para murid untuk membaca doa pelajaran bersama-sama.


Nilai : khusyuk








SET INDUKSI
(7 minit)

Video :

Dasar fahaman mu’tazilah dan percanggahan mereka dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Soalan :
Apakah yang dapat ditonton dari video tersebut?

Cadangan jawapan :
Dapat melihat dan tahu dasar fahaman mu’tazilah dan percanggahan mereka dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Guru menayangkan video dihadapan murid.

Murid menonton video di dalam kelas.

Guru mengajukan soalan dan beberapa orang murid menjawab.

Murid cuba menjawab mengikut pengetahuan sedia ada.

Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pembelajaran.


Nilai : fokus

Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan.
Soal jawab.

Bahan : video, komputer, LCD Projector.








LANGKAH PERTAMA
(15 minit)

Lima dasar utama fahaman Mu’tazilah
    1)      At-Tauhid (keesaan Allah)
    2)      Al-Adlu (keadilan tuhan)
    3)      Al-wakdu wal wa’id (janji baik dan janji buruk)
    4)      Al-amar bil makruf wa an-nahi wal mungkar (menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran)
    5)      Al-manziliah baina al-manzilataian (tempat diantara dua kedudukan)

Guru menerangkan satu persatu dasar utama fahaman mu’tazilah

Murid cuba untuk memahami dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.

Murid membaca semula apa yang di ajarkan dihadapan bersama-sama.

Murid menulis isi-isi kandungan setiap kitab  di dalam buku tulis.

Guru membetulkan kesalahan murid dari segi sebutan dan tulisan.


Teknik : soal jawab , membaca , menulis.

Pendekatan :
Strategi : berpusatkan guru, berpusatkan murid.

Kaedah : syarahan, soal jawab.

Kemahiran :
Menulis, mendengar, membaca.

















LANGKAH KEDUA
(12 minit)

Percanggahan fahaman mu’tazilah dengan Ahli sunnah wal jamaah:

    1)      Fahaman mu’tazilah menggunakan logik akal semata. Manakala, ahli sunnah wal jamaah mengutamakan al-quran dan as-sunnah berbanding akal.
     2)      Fahaman mu’tazilah beranggapan sifat Allah adalah tidak berbeza dari zatnya. Manakala, ahli sunnah wal jamaah beranggap Allah bersifat qadim.
    3)      Fahaman mu’tazilah beranggap al-quran adalah makhluk dan tidakm kekal. Manakala, ahli sunnah wal jamaah beranggapan al-quran merupakan kalam allah yang kekal. 


Guru menerangkan percanggahan fahaman mu’tazilah dengan ahli sunnah wal jamaah kepada murid-murid.

Beberapa orang murid membacakan semula percanggahan fahaman mu’tazilah dengan ahli sunnah wal jamaah di dalam kelas.

Guru meminta murid menuliskan percanggahan fahaman mu’tazilah dengan ahli sunnah wal jamaah di dalam buku tulis.

Guru membetulkan kesalahan pada sebutan dan ejaan.

Kemahiran: mebaca, menulis, mendengar.

Pendekatan :induktif

Strategi :
Berpusatkan guru, berpusatkan murid.

Kaedah :
Syarahan, soal jawab.

Bahan :
 kitab.




















LANGKAH KETIGA
(20 minit)

Padankan:

    1)      Mengutamakan logik akal berbanding al-quran dan sunnah.
Jawapan:
(fahaman
   Mu’tazilah)

    2)      Mengutamakan al-quran dan sunnah berbanding logik akal.
Jawapan:
(Ahli sunnah wal
Jamaah)

    3)      Sifat Allah adalah tidak berbeza dari zatnya.
Jawapan:
(fahaman Mu’tazilah)

    4)      Allah qadim pada sifatnya dan zatnya
Jawapan:
(Ahli sunnah wal jamaah)

    5)      Al-quran adalah makhluk dan tidak qadim
Jawapan:
(fahaman Mu’tazilah)

    6)      Al-quran adalah qadim dan bukan makhluk
Jawapan:
(Ahli sunnah wal jamaah)


Guru menjelaskan cara-cara untuk bermain padanan kepada murid.

Murid yang terpilih diminta kehadapan kelas dan padanakn jawapan dengan betul.

Guru menyemak jawapan bersama-sama murid.

Kemahiran :
Melihat, mendengar,
 dan memahami

Strategi :
Berpusatkan murid, berpusatkan bahan.

Kaedah :
Soal jawab, huraian, permainan.

Bahan :
 manila kad, kertas warna,






KESIMPULAN
(3 MINIT)

Kesimpulan hasil pembelajaran :

latihan

Guru membuat kesimpulan terhadap tajuk yang dipelajari pada hari tersebut.

Beberapa orang murid diminta untuk mengulang semula isi pelajaran pada hari tersebut.

Guru memberikan latihan yang terdapat di dalam kitab sebagai kerja rumah.


Kemahiran berfikir :
Merumus pembelajaran.

Teknik :
Imbasan

Nilai :
Khusyuk, patuh, fokus.

Cadangan refleksi : Saya dapati bahawa pengajaran dan pembelajaran pada kali ini berjalan dengan baik dan murid – murid memberikan perhatian sepenuhnya ketika saya sedang mengajar. Murid-murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk lebih mudah memahami isi kandungan pembelajaran pada hari ini. Saya juga mengadakan permainan yang sedikit mencabar supaya murid-murid semua bersemangat ketika berada di dalam kelas saya dan mereka memahami setiap pembelajaran hari ini dengan baik.
Ulasan pensyarah / pembimbing :


Disediakan oleh :                                                                          Disahkan oleh :






















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 7

Nama Guru                     : Muhammad Nafis Faizi Bin Zulkifli
Mata Pelajaran                : Tauhid
Kelas                               : Enam Takzim
Tarikh                              : 9 Mac 2019
Masa                                : 2.30-3.30 petang
Bilangan                          : 24 / 24 orang murid
Tajuk                               : Fahaman Qadariah
Kemahiran                       : Membaca, mendengar, melihat dan menulis
Kaedah                            : Soal jawab, huraian.
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid telah mempelajari tentang erti fahaman mu’tazilah.
Hasil Pembelajaran          : 1. Menyebutkan dan mengetahui pengertian fahaman
                                            2. Melakukan perbuatan yang terhindar dari fahaman qadariah.
Kemahiran Berfikir          : Soal jawab, mengkategorikan dan membuat perkaitan.
Penerapan Nilai                : Khusyuk, disiplin, taat, rajin dan fokus.
Bahan                                : Kitab, gambar, komputer, huraian guru

LANGKAH\MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI
CATATAN
PENDAHULUAN
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar secara beramai-ramai.
Guru meminta para murid untuk membaca doa pelajaran bersama-sama.

Nilai : khusyuk
SET INDUKSI
(7 minit)
Gambar :        
-orang yang bekerja
 dan berjaya.
-tapi tak solat dan
  berdoa.

Soalan :
Apakah yang anda lihat dalam gambar tersebut?

Cadangan jawapan :
Keadaan hidup yang kerja semata-mata dan tidak mengenal tuhan .
Guru menunjukkan beberapa keeping gambar kepada murid.

Murid meneliti satu persatu gambar tersebut.

Guru mengajukan soalan dan beberapa orang murid menjawab.
Murid cuba menjawab mengikut pengetahuan sedia ada.

Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pembelajaran.

Nilai : fokus

Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan.
Soal jawab.

Bahan : Kepingan gambar.
LANGKAH PERTAMA
(10 minit)  
Pengertian fahaman qadariah:

Merupakan fahaman yang berpegang kepada kekuasaan semata dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kekuasaan Allah.

Kemunculan dan dasar iqtiqad qadariah:

    1)      Diasaskan oleh
Ibrahim Bin Sayar Nazam
    2)      Berkembang sekitar Basrah dan Iraq.
    3)      Antara dasar I’tiqad mereka ialah mengingkar takdir Allah.

Guru menerangkan secara terperinci pengenalan dan pengertian fahaman qadariah di dalam kelas.

Murid cuba untuk memahami dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.

Murid membaca semula apa yang di ajarkan dihadapan bersama-sama.

Guru membetulkan kesalahan murid dari segi sebutan.
Teknik : soal jawab , membaca , menulis.

Pendekatan :
Strategi : berpusatkan guru.

Kaedah : syarahan , huraian

Kemahiran :
Menulis, mendengar, membaca
LANGKAH KEDUA
(10 minit)
Kesan pengaruh fahaman qadariah:
    1)      Manusia bebas melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan baik
    2)      Maksiat akan berleluasa
    3)      Akan merosakkan pemikiran masyarakat

Percanggahan fahaman qadariah dengan ahli sunnah wal jamaah:

    1)      Fahaman qadariah menolak qudrat Allah. Manakala, ahli sunnah wal jamaah berpegang teguh pada qudrat Allah.
    2)      Fahaman qadariah menyatakan amalan baik dan buruk adalah hasil perlakuan sendiri. Namun, ahli sunnah wal jamaah menyatakan bahawa Allah sahaja yang mengatur segala sesuatu mengikut takdir yang ditetapkan.

Guru menerangkan lagi kesan pengaruh fahaman qadariah kepada murid-murid.

Beberapa orang murid membacakan semula kesan-kesan beriman kepada kitab-kitab Allah di dalam kelas.

Guru membetulkan kesalahan pada sebutan murid.
Kemahiran: mebaca, menulis, mendengar.

Pendekatan :deduktif

Strategi :
Berpusatkan guru, berpusatkan murid.

Kaedah :
Syarahan, soal jawab, huraian

Bahan :
 kitab.
LANGKAH KETIGA
(25 minit)
Lakonan :

-orang yag hidup dengan islam

-orang yang hidup tanpa islam mengikut fahaman qadariah.
Guru menjelaskan cara-cara untuk murid-murid berlakon.

Lakonan di adakan di dalam kelas.

Guru memberikan setiap murid watak-watak yang perlu dilakonkan.

Setiap kumpulan melakonkan watak yang diarahkan oleh guru.

Guru memberikan ulasan terhadap lakonan murid-murid.
Kemahiran :
Mendengar, melihat, mena’kul, memahami

Strategi :
Berpusatkan murid

Kaedah :
Dialog, syarahan.
KESIMPULAN
(6 minit)
Kesimpulan hasil pembelajaran :
Latihan
Guru membuat kesimpulan terhadap setiap tajuk yang dipelajari pada hari tersebut.

Beberapa orang murid diminta untuk mengulang semula isi pelajaran pada hari tersebut.

Guru memberikan lembaran kertas kerja kerja rumah.

Kemahiran berfikir :
Merumus pembelajaran.
           
Teknik :
Imbasan

Nilai :
Khusyuk, patuh, fokus, dan rajin.

Cadangan refleksi : Alhamdulillah, saya berasa puas hati di atas pembelajaran hari ini kerana murid-murid memberikan kerjasama dan perhatian sepenuhnya semasa saya mengajar. Merka menggunakan pengetahuan sedia ada untuk lebih memahami topik yang dipelajari pada hari ini. Murid-murid juga bersemangat semasa saya mengadakan aktiviti berlakon untuk dilakonkan oleh semua murid-murid.

 Ulasan pensyarah / pembimbing :


Disediakan oleh :                                                                          Disahkan oleh :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 8

Nama Guru                    : Muhammad Nafis Faizi Bin Zulkifli
Mata Pelajaran               : Tauhid
Kelas                              : Tiga Al-Fatih
Tarikh                             : 10 Mac 2019
Masa                               : 2.30-3.30 petang
Bilangan                         : 22 / 24 orang murid
Tajuk                              : Fahaman Jabariah
Kemahiran                     : Membaca, mendengar, melihat, menghafal dan menulis
Kaedah                           : Soal jawab, permainan, huraian.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari tentang fahaman Qadariah
Hasil Pembelajaran         : 1. Menyebutkan dan mengetahui pengertian fahaman jabariah dengan baik.
                                           2. Mengetahui dan mengucapkan kemunculan fahaman I’tiqad jabariah.
Kemahiran Berfikir         : Soal jawab, membandingkan, merumus dan membuat perkaitan.
Penerapan Nilai               : Khusyuk, disiplin, taat dan fokus.
Bahan                              : Kitab, komputer, kotak, manila kad, kertas warna.

LANGKAH\MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI
CATATAN

PENDAHULUAN
(2 minit)

Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar secara beramai-ramai.

Guru meminta seorang murid untuk membaca doa pelajaran dan murid-murid lain mengaminkannya.


Nilai : khusyuk








SET INDUKSI
(7 minit)

Video:
orang yang berdoa semata-mata tanpa bekerja.

Soalan:
Apa yang anda tonton dari video tersebut ?

Cadangan jawapan:
Orang yang malas bekerja dan berserah semata-mata.


Guru membukakan video di dalam kelas.

Guru mengajukan soalan dan beberapa orang murid menjawab.

Murid cuba menjawab mengikut pengetahuan sedia ada.

Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pembelajaran.


Nilai : fokus, khusyuk.

Kemahiran Berfikir : Membuat perkaitan.
Soal jawab.

Bahan : video, komputer, LCD Projector.










LANGKAH PERTAMA
(10 minit)

Pengenalan dan pengertian fahaman jabariah:

Merupakan golongan yang menafikan langsung usaha dan ikhtiar manusia.

Guru menerangkan secara terperinci pengenalan dan pengertian fahaman jabariah di dalam kelas.

Murid cuba untuk memahami dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.

Murid membaca semula apa yang di ajarkan dihadapan bersama-sama.

Guru membetulkan kesalahan murid dari segi sebutan.


Teknik : soal jawab

Pendekatan :
Strategi : berpusatkan guru.

Kaedah : syarahan.

Kemahiran :
Menulis, mendengar, membaca.










LANGKAH KEDUA
(15 minit)  

Kemunculan fahaman I’tiqad jabariah dan dasar-dasarnya:

    1)      Dikembangkan oleh Jahmu Bin Safwan Al-Farisi

Dasar fahaman I’tiqad jabariah:
    1)      Menafikan langsung akan usaha manusia
    2)      Menyatakan syurga dan neraka tidak kekal
    3)      Menyatakan al-quran adalah makhluk dan tidak kekal.


Guru menerangkan lagi kemunculan fahaman jabariah dan dasar-dasarnya kepada murid-murid.

Beberapa orang murid membacakan semua secara beramai-ramai di dalam kelas.

Murid menuliskan isi pembelajaran di dalam buku tulis.

Guru membetulkan kesalahan pada sebutan dan ejaan murid.


Kemahiran: mebaca, menulis, mendengar.
           
Pendekatan :induktif

Strategi :
Berpusatkan guru.

Kaedah :
Syarahan, soal jawab.

Bahan :
 kitab.












LANGKAH KETIGA
(20 minit)

Kotak beracun :

Soalan:
Sebutkan pengertian fahamn jabariah.

Jawapan:
Golongan yang menafikan langsung usaha dan ikhtiar manusia.

Soalan:
Siapakah yang mengembangkan fahaman jabariah ini?

Jawapan:
Jahmu Bin Safwan Al-Farisi

Soalan:
Sebutkan 2 dasar fahaman jabariah.

Jawapan:
    1)      Menafikan langsung akan usaha manusia.
    2)      Syurga dan neraka adalah tidak kekal.


Guru menjelaskan cara-cara untuk bermain kotak beracun kepada murid

Murid bermain kotak beracun di dalam kelas.

Kotak beracun akan berjalan dari satu meja ke satu meja.

Beberapa murid akan mencabut soalan daripada kotal beracun.

Murid akan menjawab soalan yang disediakan di dalam kotak beracun.

Kemahiran :
Menulis, memahami, meneka

Strategi :
Berpusatkan murid

Kaedah :
Soal jawab, huraian

Bahan :
Kotak, manila kad, kertas warna, marker








KESIMPULAN
(6 minit)

Kesimpulan hasil pembelajaran :

latihan

Guru membuat kesimpulan terhadap setiap tajuk yang dipelajari pada hari tersebut.

Beberapa orang murid diminta untuk mengulang semula isi pelajaran pada hari tersebut.

Guru memberikan lembaran kertas kerja kerja rumah.


Kemahiran
berfikir :

Merumus pembelajaran.

Teknik :
Imbasan

Nilai :
Khusyuk, patuh, fokus, dan rajin.

Cadangan Refleksi : Alhamdulillah, saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa orang murid tidak memberikan perhatian, saya mengambil inisiatif dengan mengadakan permainan kotak beracun. Dari situ, saya melihat mereka boleh menjawab setiap soalan yang telah saya sediakan. Itu juga atas usaha saya menyuruh mereka menyalin semula apa yang saya ajarkan dihadapan di dalam buku tulis. Selain itu, saya menggunakan kaedah pengulangan dan hafalan untuk mebuatkan mereka ingat apa yang telah dipelajari pada hari ini.

Ulasan pensyarah / pembimbing :


Disediakan oleh :                                                                          Disahkan oleh :












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini