RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3

NAMA GURU                         : Mohamad Nursufyan bin Othman
MATA PELAJARAN            : Sirah
KELAS                                  : 2 Al Farabi
TARIKH                                : 22 Januari 2019
MASA                                    : 2.30 petang - 3.00 petang
BILANGAN MURID            : 30 orang murid ( 16 lelaki 14 perempuan )
TAJUK                                   : Dalam asuhan bapa saudaranya Abu Talib
KEMAHIRAN                       : Membaca, berkomunikasi, mendengar, menaakul
KAEDAH                              : Syarahan

PENGETAHUAN SEDIA ADA :

1)        Murid pernah mendengar nama bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Talib.

HASIL PEMBELAJARAN :

1)            Murid dapat mengetahui nama bapa saudara Nabi Muhammad SAW.
2)            Murid dapat mengetahui sifat mulia Abdul Mutallib yang telah membantu Nabi     Muhammad            SAW dalam dakwah islamiah.
3)           Murid dapat mengetahui tempoh penjagaan Nabi Muhammad SAW yang telah      dijaga oleh              bapa saudaranya iaitu Abu Talib.

KEMAHIRAN BERFIKIR :

1)         Membaca
2)                  Mendengar
3)                  Berkomunikasi
4)                  Menaakul

PENERAPAN NILAI :

1)                  Tekun
2)                  Patuh
3)                  Berdedikasi
4)                  Hormat

BAHAN BANTU MENGAJAR :

1)                  Kitab
2)                  LCD Projektor
3)                  Pembesar suara
4)                  Kad imbasan bergambar
5)                  Komputer riba
6)                  Pen marker



LANGKAH /
MASA
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN /
ALAT
PENDAHULUAN
( 2 MINIT )
Ucapan salam serta bacaan doa belajar secara bersama- sama

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
1) Guru meminta murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

2) Murid-murid menadah tangan dan membacakan doa belajar bersama - sama.
Nilai :
Khusyuk, taat, hormat
SET INDUKSI
( 5 MINIT )
Guru menunjukkan tayangan kad imbasan bergambar :

1) Seorang lelaki tua
2) Seorang lelaki muda
3) Kambing

Soalan :
Apakah yang dapat dilihat daripada tayangan kad imbasan bergambar tersebut :

Cadangan jawapan :

Seorang lelaki muda mengembala kambing.

Soalan :
Apakah yang boleh dikaitkan dalam tajuk pembelajaran :

Cadangan jawapan:
Nabi Muhammad SAW membantu Abu Talib menjaga haiwan ternakannya.
1) Guru menunjukkan kad imbasan bergambar berkaitan seorang pemuda mengembala kambing sambil ditemani seorang lelaki tua.

2) Guru menanyakan tentang perkaitan kad imbasan bergambar dengan tajuk pembelajaran.

3) Murid menjawab dan guru memberi penjelasan.

4) Guru mengaitkan kad imbasan bergambar yang ditayangkan dengan pembelajaran yang diajar.
Bahan Bantu Mengajar :
Kitab, komputer riba, LCD Projektor, bahan maujud

Strategi :
Berpusatkan bahan

Nilai :
Khusyuk, sabar, taat, berdedikasi, patuh

LANGKAH 1
( 6 MINIT )
Sifat peribadi Abu Talib :

Melindungi Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah islamiah.

Seorang ketua Arab Quraysh yang berhati mulia.
1) Guru menerangkan tajuk Nabi Muhammad ketika dalam jagaan Abu Talib.

2) Guru menerangkan sifat keperibadian Abu Talib kepada murid-muridnya.

3) Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran yang disampaikan.

Nilai :
Hormat, taat, tekun

Strategi :
Berpusatkan guru dan murid
LANGKAH 2
( 8 MINIT )
Tempoh penjagaan Abu Talib sebagai pengasuh Nabi Muhammad SAW.

Kesedihan yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW semasa kewafatan Abu Talib.
1) Guru melakukan aktiviti bersyarahan di dalam kelas.

2) Guru meminta murid-murid untuk membincangkan isi pelajaran mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
Nilai :
Berdisiplin, bekerjasama, patuh

Strategi :
Berpusatkan guru dan murid
LANGKAH 3
( 7 MINIT )
Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1) sifat peribadi Abu Talib
2) tempoh penjagaan Abu Talib sebagai pengasuh Nabi Muhammad SAW
3) kesedihan yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW semasa kewafatan Abu Talib.
1) Guru memberikan tiga kumpulan dan memberikan tajuk yang sama untuk dilakonkan.

2) Guru meminta setiap ahli kumpulan melakonkan watak sebagai Abu Talib, Nabi Muhammad serta kambing

3) Murid melakukan aktiviti lakonan dan diberikan penghargaan pujian.
Bahan Bantu Mengajar :
Kad manila, pen marker, kitab, bahan maujud

Strategi :
Berpusatkan murid

Nilai :
Berani, taat, bekerjasama, berdisiplin
PENUTUP
( 2 MINIT )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
1) Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid.
Nilai :
Khusyuk, patuh, hormat

CATATAN REFLEKSI :

Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menarik dan menyeronokkan di samping murid-murid yang telah memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan agar dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan mereka serta saya akan melakukan penambaikkan pengajaran saya dari masa ke semasa untuk menjadikannya lebih baik.

ULASAN PEMBIMBING / PENSYARAH :



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini