RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 6

NAMA GURU                         : Mohamad Nursufyan bin Othman
MATA PELAJARAN            : Sirah
KELAS                                  : 2 Al Farabi
TARIKH                                : 11 Februari 2019
MASA                                   : 2.30 petang - 3.00 petang
BILANGAN MURID            : 30 orang murid ( 16 lelaki 14 perempuan )
TAJUK                                   : Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Saiditina                                                                            Khadijah
KEMAHIRAN                       : Membaca, berkomunikasi, mengenal
KAEDAH                               : Syarahan

PENGETAHUAN SEDIA ADA :

1)        Murid sudah mengetahui bahawa sebuah perkahwinan itu di antara lelaki dan perempuan.

HASIL PEMBELAJARAN :

1)                  Murid dapat mengetahui kisah perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Siti    Khadijah.
2)                  Murid dapat mengetahui pekerjaan Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad         SAW.
3)                  Murid dapat menyatakan bagaimana berlakunya perkenalan Nabi Muhammad        SAW                      dengan Saidatina Khadijah.

KEMAHIRAN BERFIKIR :

1)         Membaca
2)                  Mengenal
3)                  Menaakul
4)                  Berkomunikasi
5)                  Menulis

PENERAPAN NILAI :

1)                  Berusaha
2)                  Gigih
3)                  Tekun
4)                  Bertanggungjawab 

BAHAN BANTU MENGAJAR :

1)                  Kitab
2)                  Komputer riba
3)                  Pembesar suara
4)                  Pen marker
5)                  LCD Projektor
6)                  Lembaran kerja
LANGKAH /
MASA
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN /
ALAT
PENDAHULUAN
( 2 MINIT )
Ucapan salam serta bacaan doa belajar secara bersama- sama

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
1) Guru meminta murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

2) Murid-murid menadah tangan dan membacakan doa belajar bersama - sama.
Nilai :
Khusyuk, taat, sabar
SET INDUKSI
( 5 MINIT )
Guru menayangkan sebuah video tentang sebuah perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.

Soalan :
Apakah yang dapat dilihat daripada video yang ditunjukkan :

Cadangan jawapan :

Sebuah perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.

Soalan :
Apakah yang boleh dikaitkan dalam tajuk pembelajaran :

Cadangan jawapan:
Perkahwinan di antara Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah.
1) Guru menayangkan sebuah video tentang sebuah perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.

2) Guru menanyakan tentang perkaitan yang boleh dilakukan dalam tajuk pembelajaran.

3) Murid menjawab dan guru memberi penjelasan.

4) Guru mengaitkan video dengan perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah.
Bahan Bantu Mengajar :
Kitab, komputer riba, LCD Projektor, pembesar suara

Strategi :
Berpusatkan bahan

Nilai :
Taat, gigih, patuh

LANGKAH 1
( 6 MINIT )
Sifat peribadi Saidatina Khadijah :

Dermawan

Baik hati

Usahawan terkenal di kota Mekah
1) Guru menceritakan kepada murid-murid tentang sifat peribadi Saidatina Khadijah.

2) Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran yang disampaikan.

Nilai :
Berdedikasi, hormat, patuh

Strategi :
Berpusatkan guru dan murid
LANGKAH 2
( 8 MINIT )
Cara perkenalan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah:

Kejujuran Nabi Muhammad SAW dalam perniagaan.

Akhlak terpuji Saidatina Khadijah yang dermawan dan mempunyai rupa paras yang cantik.
1) Guru melakukan aktiviti bersyarahan di dalam kelas.

2) Guru meminta murid-murid untuk membincangkan isi pelajaran bersama-sama.
Nilai :
Patuh, khusyuk, taat

Strategi :
Berpusatkan guru dan murid
LANGKAH 3
( 7 MINIT )
Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1) Sifat peribadi Saidatina Khadijah

2) Cara perkenalan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah.

1) Guru memberikan tiga kumpulan dan melakukan aktiviti soal jawab di antara murid dan guru.

2) Guru meminta wakil dari setiap kumpulan menjawab soalan yang diberikan berdasarkan permainan anak panah.

3) Murid yang dapat menjawab soalan akan diberikan cenderahati.
Bahan Bantu Mengajar :
Kitab, anak panah, tempat sasaran, kad manila

Strategi :
Berpusatkan murid

Nilai :
Berani, berdedikasi, taat, sabar
PENUTUP
( 2 MINIT )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
1) Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid.
Nilai :
Khusyuk, patuh, taat

CATATAN REFLEKSI :

Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menarik dan menyeronokkan di samping murid-murid yang telah memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan agar dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan mereka serta saya akan melakukan penambaikkan pengajaran saya dari masa ke semasa untuk menjadikannya lebih baik.

ULASAN PEMBIMBING / PENSYARAH :








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini