RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN 1
NAMA GURU : Mohamad Nursufyan bin Othman
MATA PELAJARAN : Sirah
KELAS : 2 Al Farabi
TARIKH : 7 Januari 2019
MASA : 2.30 petang - 3.00 petang
BILANGAN MURID : 30 orang murid ( 16 lelaki 14 perempuan )
TAJUK : Dalam asuhan bondanya Aminah
KEMAHIRAN : Membaca, bercerita, mengenal, menulis
KAEDAH : Syarahan
NAMA GURU : Mohamad Nursufyan bin Othman
MATA PELAJARAN : Sirah
KELAS : 2 Al Farabi
TARIKH : 7 Januari 2019
MASA : 2.30 petang - 3.00 petang
BILANGAN MURID : 30 orang murid ( 16 lelaki 14 perempuan )
TAJUK : Dalam asuhan bondanya Aminah
KEMAHIRAN : Membaca, bercerita, mengenal, menulis
KAEDAH : Syarahan
PENGETAHUAN
SEDIA ADA :
1)
Murid pernah didedahkan tentang nama bonda Nabi
Muhammad SAW serta penjagaannya.
HASIL
PEMBELAJARAN :
1)
Murid dapat mengetahui nama pengasuh Nabi Muhammad
SAW.
2)
Murid dapat menyebut sebab berlakunya pertukaran
pengasuh.
3)
Murid dapat mengetahui orang yang mengasuh Nabi
Muhammad SAW.
KEMAHIRAN
BERFIKIR :
1) Membaca
1) Membaca
2) Soal Jawab
3) Berkomunikasi
4) Membuat perkaitan
PENERAPAN NILAI
:
1)
Khusyuk
2)
Tekun
3)
Berdisplin
4)
Taat
BAHAN BANTU
MENGAJAR :
1)
Komputer riba
2)
LCD Projektor
3)
Pembesar suara
4)
Lembaran kerja
5)
Kitab
|
LANGKAH /
MASA |
ISI
PELAJARAN |
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN /
ALAT |
|
PENDAHULUAN
( 2 MINIT ) |
Ucapan salam serta bacaan doa belajar secara
bersama- sama
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين |
1) Guru meminta murid membacakan doa belajar dengan
betul dan lancar.
2) Murid-murid menadah tangan dan membacakan doa
belajar bersama - sama.
|
Nilai :
Khusyuk, patuh, tekun |
|
SET
INDUKSI
( 5 MINIT ) |
Guru menayangkan video tentang pengasuhan ibu kepada
seorang anak.
Soalan : Apakah yang dapat dilihat daripada video? Cadangan jawapan : Seorang ibu mengasuh anaknya. Soalan : Apakah yang boleh dikaitkan dalam tajuk pembelajaran : Cadangan jawapan: Aminah menjaga anaknya Nabi Muhammad. |
1) Guru menayangkan video tentang pengasuhan seorang
ibu kepada anak.
2) Guru menanyakan tentang perkaitan video dengan tajuk
pembelajaran.
3) Murid menjawab dan guru memberi penjelasan. 4) Guru mengaitkan video yang ditayangkan dengan pembelajaran yang diajar. |
Bahan Bantu Mengajar :
Kitab, komputer riba, LCD Projektor, bahan maujud Strategi : Berpusatkan bahan Nilai : Khusyuk, sabar, tekun, berdisiplin, patuh |
|
LANGKAH 1
( 6 MINIT ) |
Tiga nama pengasuh Nabi Muhammad SAW :
1) Aminah binti Wahab 2) Suwaibah Al Islamiah 3) Halimatus Sa’adiah |
1) Guru menceritakan tiga nama pengasuh yang telah
menjaga Nabi Muhammad SAW kepada murid.
2) Guru mengulang nama-nama pengasuh Nabi Muhammad SAW
sambil diikuti oleh murid.
3) Guru bertanyakan secara rawak kepada murid-murid
tentang nama pengasuh Nabi Muhammad SAW.
|
Nilai :
Khusyuk, sabar, berdisiplin
Strategi :
Berpusatkan guru dan murid |
|
LANGKAH 2
( 8 MINIT ) |
Kehidupan Nabi Muhammad SAW yang diasuh dan
dibesarkan dalam suasana yang berbeza.
|
1) Guru melakukan aktiviti bersyarahan di dalam kelas.
2) Guru meminta murid-murid untuk membincangkan isi
pelajaran mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
|
Nilai :
Berdisiplin, tekun, patuh
Strategi :
Berpusatkan guru dan murid |
|
LANGKAH 3
( 7 MINIT ) |
Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :
1) nama pengasuh Nabi Muhammad SAW
2) kehidupan Nabi Muhammad SAW dibesarkan dalam suasana yang berbeza. |
1) Guru memberikan tiga kumpulan yang mewakili
seorang nama pengasuh untuk dibincangkan.
2) Guru meminta seorang murid dari setiap kumpulan
untuk bersyarahan di hadapan kelas berkaitan isi pelajaran yang telah
dibincangkan.
3) Guru memberikan hadiah kepada wakil murid yang
bersyarahan di hadapan.
|
Bahan Bantu Mengajar :
Kad manila, marker, lembaran kerja, kitab
Strategi :
Berpusatkan murid
Nilai :
Berani, taat, patuh, bekerjasama, hormat |
|
PENUTUP
( 2 MINIT ) |
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
|
1) Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar kepada
murid-murid.
|
Nilai :
Khusyuk, berdisiplin, hormat |
CATATAN REFLEKSI :
Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menarik dan menyeronokkan di samping murid-murid yang telah memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan agar dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan mereka serta saya akan melakukan penambaikkan pengajaran saya dari masa ke semasa untuk menjadikannya lebih baik.
Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menarik dan menyeronokkan di samping murid-murid yang telah memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan agar dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan mereka serta saya akan melakukan penambaikkan pengajaran saya dari masa ke semasa untuk menjadikannya lebih baik.
ULASAN PEMBIMBING / PENSYARAH :
Ulasan
Catat Ulasan