RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 7

NAMA GURU                         : Mohamad Nursufyan bin Othman
MATA PELAJARAN            : Sirah
KELAS                                  : 2 Al Farabi
TARIKH                                : 18 Februari 2019
MASA                                   : 2.30 petang - 3.00 petang
BILANGAN MURID            : 30 orang murid ( 16 lelaki 14 perempuan )
TAJUK                                   : Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW                 
KEMAHIRAN                       : Membaca, bercerita, mendengar, menulis
KAEDAH                               : Syarahan

PENGETAHUAN SEDIA ADA :

1)        Murid sudah mengetahui lelaki perlu berkahwin dengan seorang wanita.

HASIL PEMBELAJARAN :

1)                  Murid dapat mengetahui nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW.
2)                  Murid dapat menyatakan kesemua kisah isteri Nabi Muhammad SAW.
3)                 Murid dapat mengetahui umur semasa Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan kesemua                  isteri-isterinya.

KEMAHIRAN BERFIKIR :

1)         Membaca
2)                  bercerita
3)                  Mendengar
4)                  Menulis

PENERAPAN NILAI :

1)                  Berusaha
2)                  Bertanggungjawab
3)                  Patuh
4)                  Ikhlas  

BAHAN BANTU MENGAJAR :

1)                  Kitab
2)                  Komputer riba
3)                  Pembesar suara
4)                  Pen marker
5)                  LCD Projektor
6)                  Lembaran kerja






LANGKAH /
MASA
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN /
ALAT
PENDAHULUAN
( 2 MINIT )
Ucapan salam serta bacaan doa belajar secara bersama- sama

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
1) Guru meminta murid membacakan doa belajar dengan betul dan lancar.

2) Murid-murid menadah tangan dan membacakan doa belajar bersama - sama.
Nilai :
Khusyuk, taat, sabar
SET INDUKSI
( 5 MINIT )
Guru menunjukkan tayangan kad imbasan bergambar yang menunjukkan beberapa orang wanita yang bergelar isteri.

Soalan :
Apakah yang dapat dilihat daripada tayangan kad imbasan bergambar tersebut?

Cadangan jawapan :

Beberapa orang wanita yang bergelar isteri.

Soalan :
Apakah yang boleh dikaitkan dalam tajuk pembelajaran :

Cadangan jawapan:
Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW.
1) Guru menunjukkan tayangan kad imbasan bergambar berkaitan beberapa wanita yang bergelar seorang isteri.

2) Guru menanyakan tentang perkaitan kad imbasan bergambar dengan tajuk pembelajaran.

3) Murid menjawab dan guru memberi penjelasan.

4) Guru mengaitkan tayangan kad imbasan bergambar dengan pembelajaran yang diajar.
Bahan Bantu Mengajar :
Kitab, komputer riba, LCD Projektor, lembaran kerja, kad imbasan bergambar

Strategi :
Berpusatkan bahan

Nilai :
Taat, berdedikasi, berdisiplin

LANGKAH 1
( 6 MINIT )
Antara hamba serta sebab perkahwinan Nabi Muhammad SAW

Maryah Al Qibtiyyah

Raihanah Al Qaraziyyah
1) Guru menyatakan nama-nama hamba Nabi Muhammad serta sebab perkahwinan baginda antaranya :

Ø  Untuk membantu isteri -isteri yang menghadapi nafkah keluarga
Ø  Untuk melanjutkan keturunan dan mengatasi masalah kehidupan.

3) Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran yang disampaikan.

Nilai :
Patuh, sabar, taat, gigih

Strategi :
Berpusatkan guru dan murid
LANGKAH 2
( 8 MINIT )
Senarai nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW :

Saidatina Khadijah binti Khuwailid

Zainab binti Huzaimah

Saodah binti Zam’ah

Aisyah binti Abu Bakar

Hafsah binti Umar bin Al Khattab

Ummu Salamah Hindun binti Abu Umaiyah

Zainab binti Jahsyi bin Riab

Juwairiyah binti Al Harith

Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan bin Harb

Sufiyyah binti Huyai bin Akhtab

Maimunah binti Al Harith Al Hilaliyyah
1) Guru melakukan aktiviti bersyarahan di dalam kelas.

2) Guru mengulang dan menekankan berkaitan nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW.

3) Guru meminta murid-murid membincangkan isi pelajaran yang disampaikan.
Nilai :
Berusaha, tekun, patuh, bekerjasama

Strategi :
Berpusatkan guru dan murid
LANGKAH 3
( 7 MINIT )
Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1) Antara hamba serta sebab perkahwinan Nabi Muhammad SAW.
2) Senarai nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW.
1) Guru melakukan soal jawab kepada murid melalui permainan kotak beracun

2) Guru meminta seorang murid datang ke hadapan dan menjawab soalan yang diberikan.

3) Guru memberikan penghargaan dengan memberikan tepukan kepada murid yang dapat menjawabnya.
Bahan Bantu Mengajar :
Kad manila, marker, kotak beracun, kitab

Strategi :
Berpusatkan murid

Nilai :
Berani, hormat, patuh, berkerjasama, sabar
PENUTUP
( 2 MINIT )
Rumusan isi pelajaran yang dipelajari
1) Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar kepada murid-murid.
Nilai :
Taat, bertanggung jawab, ikhlas

CATATAN REFLEKSI :

Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menarik dan menyeronokkan di samping murid-murid yang telah memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan agar dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan mereka serta saya akan melakukan penambaikkan pengajaran saya dari masa ke semasa untuk menjadikannya lebih baik.

ULASAN PEMBIMBING / PENSYARAH :



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini